fbpx

Lapan direman bantu siasatan rasuah projek GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan SPRM berhubung siasatan kes projek GLC di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Lapan individu direman antara dua ke lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion.

Kesemua mereka berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun itu terdiri daripada ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pegawai eksekutif, pengarah dan pemilik syarikat.

Di Mahkamah Majistret Putrajaya, Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari kepada dua individu, manakala empat yang lain direman lima hari.

Sementara itu di Sarawak, Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan tahanan reman antara dua hingga lima hari terhadap dua individu.

Menurut sumber, kesemua individu berkenaan dipercayai terlibat dalam kes rasuah melibatkan projek-projek milik sebuah GLC dengan anggaran nilai kontrak keseluruhan melebihi RM2.3 bilion antara tahun 2017 hingga 2021.

Katanya, kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan SPRM Sarawak kira-kira pukul 1.30 petang semalam hingga 12.30 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Tambahnya, susulan penahanan tersebut, SPRM telah menyita 10 buah kenderaan mewah pelbagai jenama, pelbagai mata wang tunai melebihi RM27,000, lebih 50 barang kemas pelbagai jenis termasuk bar emas.

Barangan lain disita termasuk 15 utas jam tangan mewah pelbagai jenama, 13 beg tangan mewah pelbagai jenama serta membekukan 12 akaun syarikat dan individu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI