fbpx

Premis jual aksesori kenderaan tiruan diserbu KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan memeriksa sebuah premis di Taman Desa Cempaka di sini, kerana disyaki menjual aksesori kereta menggunakan jenama tiruan.

NILAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menyerbu sebuah premis menjual aksesori kereta yang dipercayai membekalkan barangan tiruan bernilai RM32,410 di Taman Desa Cempaka, Nilai di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serbuan melibatkan kekuatan enam anggota itu dilakukan pada pukul 2 petang hasil risikan pihaknya dan kerjasama dengan wakil cap dagang.

“Premis berkenaan dikesan membekalkan ‘speaker’ (pembesar suara) dan ‘subwoofer’ (sistem bunyi) yang disyaki menyalahgunakan satu cap dagang berdaftar terkenal.

“Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemui sebanyak 334 unit barangan tiruan tersebut bernilai RM32,410,” katanya ketika dihubugi di sini hari ini.

Menurut Ain Arjuna, sitaan terhadap kesemua barangan itu dibuat mengikut Seksyen 102(1) Akta Cap Dagangan 2019 untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI