fbpx

Penganggur edar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (dua dari kanan) menunjukan antara dadah jenis heroin yang ditemui pada seorang lelaki yang ditahan di Teluk Intan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh hari ini.-Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kegiatan mengedar dadah oleh seorang lelaki sejak tiga bulan lalu di sekitar daerah Hilir Perak di sini terhenti apabila berjaya dicekup polis kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 39 tahun yang juga penganggur itu ditahan pada pukul 7 petang di tepi jalan kawasan ladang kelapa sawit, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menjumpai 10 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 4,520.09 gram yang dianggarkan bernilai RM158,203.15.

“Suspek yang positif dadah jenis morfin itu aktif melakukan aktiviti pengedaran sejak tiga bulan lalu. Dia juga mempunyai dua rekod bersabit kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Suspek direman enam hari mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI