PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 11,994 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,292,585 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (6,419 kes), Kuala Lumpur (1,094 kes), Johor (625 kes), Pulau Pinang (620 kes), Perak (549 kes), Negeri Sembilan (614 kes), Sarawak (413 kes), Kedah (356 kes), Pahang (316 kes) dan Terengganu (291 kes).
“Seterusnya Melaka (263 kes), Sabah (176 kes), Kelantan (130 kes), Putrajaya (48 kes), Labuan (45 kes) dan Perlis (35 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 36 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,228 kes serta sebanyak sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,443 kes.
Sebanyak 157,571 kes aktif dilaporkan melibatkan 153,859 kes dikuarantin di rumah, 341 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,174 kes di hospital, 89 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 108 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE