fbpx

Suami isteri cedera dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

SEMENYIH – Sepasang suami isteri cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan melibatkan sebuah lori ais seberat tiga tan di Kampung Sentosa di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.22 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama beberapa jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kemalangan melibatkan sebuah lori ais tiga tan, sebuah kereta Honda CRV dan sebuah kereta Proton wira yang dinaiki sepasang suami isteri,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kemalangan berlaku apabila lori berkenaan telah berlanggar dengan kereta Honda terbabit sebelum melanggar kereta Proton Wira.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan,” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya mengesahkan kejadian terbabit.

“Tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI