PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir keseluruhan negeri termasuk Sabah dan Sarawak pada malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir serta hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sehingga pukul 9 malam ini.
“Hujan lebat dijangka melanda negeri Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Sementara itu, di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca yang sama dijangka melanda kawasan pantai timur melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan.
“Selain itu, ribut petir dijangka melanda negeri Terengganu termasuk Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” ujarnya.
Jelasnya, cuaca hujan lebat dijangka melanda Negeri Sembilan termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin manakala di Johor melibatkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.
“Di Sarawak pula kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Asajaya, Pusa, Betong, Sarikei, Meradong, Sibu dan Selangau, Mukah, Bintulu, Miri, Marudi serta Limbang.
“Cuaca yang sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan daerah Pedalaman, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Pantai Barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, Tawau di Kunak, Lahad Datu serta Sandakan dan Kudat di Kota Marudu,” jelasnya.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE