fbpx

‘Bas traktor’ nadi utama pengangkutan ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebuah 'bas traktor' yang sedang mengangkut pelajar SK Kuala Gris, Dabong, Kelantan.

PETALING JAYA – Demi mengejar ilmu dan kejayaan pada masa hadapan puluhan pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Gris, Dabong, Kelantan terpaksa menaiki traktor untuk ke sekolah setiap hari.

Uniknya, traktor tersebut telah diubah suai dan pada bahagian belakangnya boleh menarik sebuah kenderaan menyerupai badan bas bagi memuatkan pelajar di dalamnya.

Difahamkan, pelajar yang menggunakan kenderaan itu terdiri daripada anak pekerja ladang dan rata-ratanya golongan B40.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook Train To Dabong, kenderaan unik tersebut dilihat menyerupai sebuah bas pada bahagian belakangnya.

Namun, ia ditarik menggunakan sebuah traktor dan boleh memuatkan lebih 10 orang pelajar dalam satu masa.

Menurut individu yang berkongsi keunikan ‘bas traktor’ itu, kenderaan tersebut telah lama menjadi ‘nadi’ pengangkutan utama bagi pelajar di sekolah berkenaan.

“Antara keunikan yang ada di Dabong, bas sekolah untuk anak-anak SK. Kuala Gris.

“Buat sahabat-sahabat kenalan saya yang hebat mari kita rancang sesuatu program yang sesuai untuk anak-anak di sini.

“Kebanyakan mereka dari keluarga B40. Jom sama-sama kita bantu mana yang boleh,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji kegigihan pelajar dan ibu bapa mereka dalam memastikan pelajaran anak tidak terabai.

“Bas tidak sesuai untuk jalan-jalan berbukit dalam ladang getah, saya terharu melihat kegigihan anak-anak Ini berusaha dalam mencari ilmu,”tulis Zairul Azuan yang juga penduduk tempatan di kawasan Kuala Gris.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Maznah Mat Zain.

“Klasik bas sekolah dia, semoga anak-anak ini menjadi insan yang hebat di masa hadapan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI