fbpx

Program Living Alpha bantu tingkat sahsiah remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAYA (tengah di depan) pada majlis pelancaran program Living Alpha di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sakeenah Soul International (SSI) telah melancarkan program transformasi sahsiah dan motivasi, Li­ving Alpha dikhususkan kepada golongan remaja.

Program yang terbuka kepada remaja berusia 15 hingga 20 tahun itu turut melibatkan pemilihan sebanyak 100 remaja daripada keluarga B40 di seluruh negara yang ditaja untuk mengikuti program berkenaan.

Ketua Operasi SSI, Mohamad Rashidi Daud berkata, sebagai projek latihan rintis, Living Alpha bakal menawarkan latihan secara maya dan fizikal dengan mengandungi 24 modul terma­suk aspek al-Quran dan hadis bagi memantapkan pengisian kerohanian remaja.

“Program yang akan mengambil masa selama tiga bulan itu sangat bertepatan dengan situasi negara yang menuju kepada fasa endemik yang mana fasa pemulihan modal insan amat penting terutama dalam kalangan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran program Living Alpha di sini baru-baru ini.

Turut hadir Penasihat SSI, Datuk Dr. Muhaya Mohamad.

Mohamad Rashidi menerangkan, anak angkat SSI bakal menjadi kumpulan pertama yang terlibat dalam program Living Alpha dan berharap ia bakal menjadi kumpulan contoh serta ejen transformasi kepada remaja yang lain.

Program ini adalah latihan pertama yang dilancarkan SSI selepas program tajaan anak ­angkat pada November 2021. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI