fbpx

Polis Britain rampas empat tan kokain dalam kontena pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kokain bernilai kira-kira RM1.6 bilion ditemui dalam kontena berisi pisang di Southampton. - Leon McGowran

LONDON – Pihak berkuasa Britain merampas dadah jenis kokain seberat hampir empat tan yang disembunyikan di dalam berpuluh-puluh kota besar berisi pisang di Southampton, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Ia merupakan rampasan  dadah Kelas A terbesar di Britain sejak tujuh tahun lalu, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kontena pisang tersebut tiba  dari Colombia, manakala  Pasukan Sempadan dan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) menyarankan agar kontena tersebut diperiksa pada bulan lepas.

Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa  menemui lebih 3.7 tan kokain hidroklorida yang  digunakan untuk membuat rokok kokain. Dadah itu disembunyikan di dalam kontena berisi 20 kotak besar pisang.

Dadah berupa  serbuk putih yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$392 juta (RM1.6 bilion) itu,  ditemui di dalam kotak pisang pada 17 Mac lalu.

Mengulas rampasan itu, Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel berkata,  ia adalah rampasan kokain terbesar sejak 2015 dan menjadi amaran terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menyeludup dadah ke Britain.

“Fokus utama rancangan membanteras jenayah kami adalah dengan mengganggu rantaian bekalan dan mengejar penjenayah yang menyeludup narkotik tanpa henti. Usaha ini akan  menjadikan dadah sebagai perusahaan berisiko tinggi dengan ganjaran rendah.

“Polis dan Pasukan Pengawal Sempadan menerima  sokongan 100 peratus daripada saya untuk menggunakan semua kuasa yang ada bagi mencegah dadah daripada masuk ke kawasan kejiranan dan meragut nyawa penduduk negara ini,” tegas Patel. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI