fbpx

Chelsea akan terus dibelasah – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (kiri) gagal membantu Chelsea mengelak daripada mengalami kekalahan kepada Real walaupun berjaya meledak satu gol. – AFP

LONDON – Juara Eropah, Chelsea terus menampilkan aksi hambar apabila kali ini dimalukan dengan kekalahan 1-3 kepada Real Madrid pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di laman sendiri, Stamford Bridge awal pagi semalam.

The Blues tampaknya masih belum menunjukkan sebarang peningkatan selepas dibelasah Brentford 1-4, juga di Stamford Bridge dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung Sabtu lalu.

Pada aksi suku akhir awal pagi semalam, penyerang Real, Karim Benzema mencuri perhatian apabila meledak hatrik sementara gol pasukan tuan rumah dijaringkan Kai Havertz.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel jelas kecewa de­ngan kekalahan itu selain menganggap The Blues akan dibelasah lebih teruk dalam aksi timbal balik di Santiago Bernabeu minggu depan jika gagal menunjukkan peningkatan.

“Ia adalah satu kekalahan yang amat memalukan dan aksi paling teruk pernah kami tampilkan dalam separuh masa pertama di Stamford Bridge. Kami tidak boleh terus bermain se­perti ini kerana ia sangat jauh daripada standard sebenar.

“Sekiranya tiada peningkatan, kami mungkin akan tewas kepada Southampton selepas ini. Tak perlu fikir mengenai aksi di Santiago Bernabeu kerana kami mungkin dibelasah lebih teruk,” kata pengendali dari Jerman itu.

Pada masa sama, beliau berharap barisan pemainnya dapat menyalahkan diri sendiri atas aksi mengecewakan itu kerana langsung tidak menunjukkan prestasi sebenar terutamanya ketika melakukan hantaran dan bertahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI