fbpx

Pesara guru rugi setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pesara guru kerugian hampir setengah juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam oleh sindiket yang menyamar sebagai pihak Pos Laju.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jenayah Korporat dan Kewangan Johor, Superintendan Amran Mohd. Jusin berkata, mangsa lelaki berusia 64 tahun itu menerima panggilan pertama pada 1 Ogos lalu.

Katanya, sindiket mendakwa memiliki bungkusan yang mengandungi kad pengenalan mangsa selain turut mendakwa mangsa terlibat dengan kes penggubahan wang haram.

“Justeru itu, suspek mengkehendaki mangsa memindahkan sejumlah wang ke beberapa akaun bank supaya siasatan lanjut boleh dijalankan.

“Mangsa yang percaya dengan dakwaan itu membuat 20 transaksi pemindahan wang berjumlah RM459,041.90 ke beberapa akaun diarahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Amran, pemindahan wang tersebut dilakukan secara berperingkat bermula 11 Ogos hingga 28 Ogos.

“Difahamkan, wang berkenaan melibatkan wang simpanan mangsa bersama isteri, wang persaraan serta hasil jualan barang kemas milik isteri.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas dihubungi lagi oleh suspek selepas melakukan pembayaran dimana suspek memaklumkan akan mendakwa mangsa di mahkamah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan denda.

Amran turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon serta tidak panik apabila menerima panggilan sedemikian.

Menurutnya, ini kerana agensi penguatkuasa tidak akan sesekali meminta butiran akaun bank dan mengarahkan wang dipindahkan ke akaun bank lain.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI