fbpx

Bahasa Indonesia pun berasal daripada bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua judul buku terbitan penjajah Belanda di Indonesia yang merujuk pendidikan bahasa Melayu. /FOTO IHSAN ABDUL MUATI AHMAD

PUTRAJAYA – Kenyataan seorang menteri di Indonesia cuba menafikan bahasa Indonesia sebenarnya sebagai bahasa Melayu ditempelak seorang pakar bahasa universiti tempatan.

Malahan, Prof. Datuk Dr. Abdul Muati Ahmad dalam nada sindiran mempersoalkan apakah penduduk republik itu langsung tiada apa-apa bahasa pun sebelum wujud bahasa Indonesia.

“Sama ada menteri tersebut mahu mengaku atau tidak, bahasa yang mereka pertuturkan hari ini adalah bahasa Melayu, Apakah sebelum wujud Indonesia, mereka tidak berbahasa?

“Atau pun mereka hanya menggunakan bahasa isyarat?” soalnya secara sinis menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi beliau yang turut tular sehingga meraih lebih 2,500 tanda suka.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia itu merujuk ulasan biadab Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim enggan mengiktiraf bahasa Melayu.

Ahli politik itu menyifatkan bahasa Indonesia lebih layak diangkat sebagai bahasa rasmi ASEAN konon ia lebih luas diguna dan diajar pelbagai institusi seluruh dunia.

Pandangan sempit itu turut ditempelak Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim kerana bahasa Melayu bersifat rentas sempadan dan bukan milik eksklusif negara tertentu.

Mengulas lanjut, Abdul Muati berkata, ada banyak buku pernah diterbitkan pada era 1940-an di Batavia, nama asal Jakarta sebelum merdeka; merujuk bahasa Melayu dituturkan penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI