PUTRAJAYA – Sebanyak 21,029 kes sembuh dilaporkan sekali gus kekal melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia sebanyak 4,083,183 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 95 kes kategori tiga, empat dan lima.
“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 6,623 kes (54.71 peratus), kategori dua sebanyak 5,387 kes (44.51 peratus), kategori tiga sebanyak 40 kes (0.33 peratus), kategori empat sebanyak 17 kes (0.14 peratus) dan kategori lima 38 kes (0.31 peratus).
“Daripada 95 kes kategori tiga, empat dan lima, 28 kes (29.47 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 30 kes (31.54 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 37 kes (38.95 peratus) telah menerima dos penggalak.
“Selain itu, 51 kes (53.68 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 57 kes (60.00 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE