fbpx

Tak pernah serik walau sudah ada 12 rekod dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heroin 7.20 gram ditemui ketika polis menahan suspek di Felda Serting Hilir 2, Bandar Seri Jempol, malam tadi.

JEMPOL – Seorang buruh yang memiliki 12 rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah masih tidak serik-serik apabila dia dicekup atas kesalahan yang sama di Felda Serting Hilir 2, Bandar Seri Jempol, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di ruang tamu rumah sekitar pukul 10.30 malam.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui tiga peket plastik lutsinar pelbagai saiz, tiga tiub berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis heroin seberat 7.20 gram, satu alat penimbang digital dan beg kecil berwarna hitam.

“Suspek yang sudah 18 tahun terjerumus dalam najis dadah dipercayai turut menjual dadah di sekitar felda berkenaan,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis MOP.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau, paling banyak melibatkan dadah. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI