fbpx

Ejekan punca gaduh, tindakan disiplin akan diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan di SMK Sungai Pelek yang tular sejak semalam.

SEPANG – Polis mengesahkan tiada laporan dibuat berhubung isu pergaduhan membabitkan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pelek yang videonya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kumpulan pelajar yang bergaduh itu sudah pun berdamai dan berjanji tidak mengulangi perkara itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar berkenaan, malah kesemua mereka sudah mengakui kesilapan masing-masing.

“Pengetua dan pihak sekolah juga tidak membuat apa-apa laporan polis memandangkan kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan.

“Saya difahamkan pihak sekolah akan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbabit dalam pergaduhan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, insiden pergaduhan itu dikesan berlaku pukul 10.30 pagi membabitkan dua kumpulan pelajar sekolah berkenaan.

Wan Kamarul Azran berkata, pergaduhan dipercayai berpunca daripada ejek mengejek sebelum berlaku sedikit insiden tolak menolak dan tumbuk menumbuk membabitkan tujuh orang pelajar.

Menurutnya, insiden itu bagaimanapun dapat dileraikan oleh guru-guru yang berada di lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI