PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di semua negeri malam ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan tersebut dijangkakan berlaku sehingga lewat malam nanti.
“Amaran dikeluarkan bagi keseluruhan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.
Turut terlibat adalah Hulu Selangor dan Hulu Langat di Selangor serta Jelebu, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
“Keadaan sama turut berlaku di Melaka yang tertumpu di Jasin sementara di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sarawak membabitkan Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan) serta Labuan. – KOSMO! ONLINE