fbpx

Siti Elizad mulakan rawatan IVF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Elizad

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Siti Elizad mendedahkan dia sudah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.

Pemilik nama Siti Elizad Sharifuddin, 36, berkongsi perkara berkenaan menerusi satu hantaran dalam Instagramnya semalam.

Salah satu foto dia menjalani rawatan IVF yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Menurut pelakon Jalan Sesat ke Syurga itu, gambar tersebut merupakan momen rakaman ketika dia menjalani sesi rawatan IVF yang pertama.

“Bismillahirahmanirrahim. Kembali untuk menjalani rawatan IVF. Ini baru sesi pertama.

“Selepas dua minggu lagi, doktor pesan tiada lagi vroom vroom (motosikal) dan aktiviti lasak. Doakan kami ya.

“Jadi dua minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, naik motosikal cuti sana-sini lagi. Lepas ini kena simpan motor buat perhiasan,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menitipkan doa dan kata-kata positif kepada penyampai radio Sinar FM itu.

Terdahulu, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI