fbpx

Aksi singa fotogenik dengan bulu kusut-masai curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOM dirakam sedang memeluk tunggul sebatang pokok. - mediadrumimages.com

PRAGUE, Republik Czech – Rakaman imej seekor singa dari sebuah zoo di Prague, Republik Czech, menjadi perhatian ramai apabila ‘raja rimba’ itu dilihat berjalan seperti model ketika melangkah keluar dari timbunan salji dengan keadaan angin bertiup pada bulu-bulunya, lapor portal berita MailOnline.

Singa bernama Tom berusia lima tahun itu dirakam sedang bersiar-siar di Zoo Na Hradecku dengan keadaan matanya yang terbuka luas dan bulu yang kusut-masai. 

Ia kemudian dilihat meniarap di atas timbunan dahan pokok pain serta memeluk tunggul sebatang pokok dengan bulunya yang kelihatan berwarna keemasan akibat pancaran matahari. 

Imej-imej menakjubkan itu dirakam oleh seorang jurugambar amatur, Robert Grim, 51.

Menurut Grim, haiwan itu telah diselamatkan daripada aktiviti pemburuan haram dan kini bebas berkeliaran di zoo tersebut. 

“Singa itu bernama Tom dan kelihatan seperti baru sahaja pergi ke salon rambut. Tom dan saudaranya, Leo telah diselamatkan dari persekitaran haram. Ruang di taman ini adalah sangat besar dan dua singa itu kini menjalani kehidupan dengan sangat baik.

“Tom dan Leo akan menyambut hari lahirnya yang keenam pada Mei 2022. Imej kedua-dua haiwan itu sering dikongsikan di media sosial rasmi zoo ini,” kata Grim. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI