fbpx

4 warga asing hilang ketika menyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Op Carilamat telah diaktifkan petang ini susulan empat orang penyelam warga asing yang dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing tengah hari tadi.

MERSING – Empat orang penyelam warga asing dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua mangsa terdiri dari dua warga Britain dan masing-masing seorang warga Perancis serta Norway.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada pukul 2.35 petang mengenai kejadian empat penyelam warga asing tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

“Mangsa yang terdiri daripada dua orang lelaki warga Britain berumur 14 tahun dan 46 tahun, seorang wanita warga Perancis berumur 18 tahun dan seorang wanita warga Norway berumur 35 tahun.

“Laporan kehilangan penyelam tersebut dibuat oleh tekong bot yang membawa penyelam terbabit. Susulan itu Op Carilamat telah diaktifkan pada pukul 2.45 petang dengan melibatkan aset daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia,”katanya dalam kenyataan di sini.

Nurul Hizam berkata, keluasan pencarian dianggarkan seluas 21.45 batu nautika persegi dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dan sehingga pukul 4 petang tiada sebarang penemuan mangsa yang ditemui.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI