BARU-BARU ini tular dalam media sosial khususnya TikTok tentang video mesra antara dua bekas peserta Big Stage musim keempat iaitu Daniel Chuer dan Yazmin Aziz.
Menganggap status hubungan seperti abang dan adik, kedua-duanya dilihat seronok pula berpelukan setiap kali bertemu.
Mungkin bagi Daniel mahupun Yazmin, perkara tersebut macam biasa tetapi lain pula pendapat mata-mata yang memandang.
Paling tidak seronok ialah apabila aksi mesra mereka mendapat teguran penceramah bebas terkenal, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang berpendapat kedua-duanya tidak menjaga sensitiviti dan melanggar norma adab bermasyarakat.
Bagi Mizz Lahar, isu sebegitu tidak akan tercetus sehingga menjadi buah mulut orang ramai sekiranya Yazmin tidak memuat naik video pelukan mesranya dengan Daniel.
Perkara sebegitu bukan baru dalam industri, sebab sebelum ini pun pernah berlaku seperti gelagat mesra Ruhainies dengan Zul Ariffin yang tular beberapa bulan lalu.
Sebagai artis, jadilah contoh yang baik kepada masyarakat dan berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan.
MIZZ LAHAR: Tak penat ke Izreen Azminda dan Intan Liana yang asyik bergaduh dalam media sosial. Tak ada WhatsApp ke ‘hambur’ sesama sendiri?