fbpx

Tiada 4X4, peniaga angkut 230 botol katira guna Ativa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan kereta Ativa yang diisi dengan 230 botol air katira pelbagai saiz.

PETALING JAYA- Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itu mungkin peribahasa paling sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang peniaga yang sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan pesanan pelanggan dapat ditunaikan segera.

Menerusi perkongsian Domok Hakuna Matata di akaun Facebook Ativa Club Malaysia, dia perlu menggunakan kereta Perodua Ativa untuk membawa kira-kira 230 botol air katira selepas gagal mencari kereta jenis pacuan empat roda (4×4).

“Cuma mahu berkongsi pengalaman manis dan ngeri, gigihnya hati seorang peniaga yang datang ke Johor untuk ambil air katira. Saat akhir, tidak dapat cari kereta 4X4, jadi jalan terakhir guna kereta sendiri sahaja.

“Yang ngeri, mendap habis. Gerak dari Johor Bahru pukul 3 pagi, sampai Klang pukul 9 pagi. Boleh sampai tiga jam sahaja, tetapi tidak boleh laju, takut,” tulisnya.

Menerusi gambar dikongsikan, wanita itu meletakkan kira-kira 230 botol air katira di bahagian belakang keretanya yang turut diletakkan plastik berisi ais.

Sementara itu, orang ramai terus memuji semangat ditampilkan wanita itu untuk berniaga pada bulan Ramadan selain ada mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

“Terbaik semangat ini, semoga dimurahkan rezeki untuk berniaga,” doa Anis Ramli.

“Jarang-jarang berlaku ini, jiwa memang kental. Geleng kepala juga saya,” kata Khairulzaman Jamil.

“Biar kereta bekerja untuk kita, jangan kita bekerja untuk kereta. Gasak selagi mampu,” jelas Muhd Haffezul Yussog. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI