fbpx

Lelaki cabul dua wanita berjaya ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Suspek ‘kaki cabul’ dua wanita di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya, semalam akhirnya berjaya diberkas polis, hari ini.

Lelaki berusia 20 tahun yang juga penunggang p-hailing itu ditahan polis di sebuah rumah di Taman Putra Perdana, Puchong pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berjaya dikesan hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperolehi daripada pengurusan Tamarind Square.

Beliau berkata, hasil semakan rakaman CCTV mendapati suspek tiba di kawasan Tamarind Square pada pukul 1.57 petang dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 ZR.

“Suspek kemudian telah parkir motosikalnya di tempat parkir ruang bawah tanah Tamarind Square dan berjalan kaki menghala ke kaki lima pusat beli belah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ketika disoal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kes cabul dua wanita di pusat beli-belah itu petang semalam.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI