fbpx

Isteri tolak motor, suami berkerusi roda bawa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang wanita menolak sebuah motosikal roda tiga sambil dipaut oleh suaminya yang berkerusi roda bersama seorang anak mereka.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan situasi sebuah keluarga kecil ini yang terpaksa berpanas di jalan raya dengan keadaan serba kekurangan.

Menerusi perkongsian video di portal Viral Perak, memaparkan seorang wanita sedang menolak sebuah motosikal roda tiga sambil dipaut oleh suaminya yang berkerusi roda bersama seorang anak mereka.

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam di Jalan Perak, Kampar baru-baru ini.

Malah menerusi ruangan komen, ada beberapa penduduk setempat tampil berkongsi cerita mengenai keluarga berkenaan.

Kata mereka, situasi yang dikongsikan itu adalah seperti rutin mereka sekeluarga apabila ingin menghantar dan mengambil anaknya balik dari sekolah atau keluar ke mana sahaja.

Sementara itu, terdapat individu yang mengenali keluarga tersebut dan memaklumkan bahawa si suami adalah orang kelainan upaya (OKU).

“Saya tahu dia, namanya Aling, dia adalah seorang OKU yang menghidap diabetes sebelum ini, jadi dia tidak mempunyai kakinya, dan isterinya juga melakukan beberapa kraf di rumah untuk hidup,” kata Lem Hong.

Ramai pengguna lain turut meluahkan rasa simpati melihat keluarga kecil tersebut yang berusaha dalam meneruskan kehidupan mereka walaupun diuji dengan cabaran seperti itu.

“Ya Allah, sedih tengok, banyak orang susah dekat Malaysia ini,” ujar Dewi Srikandi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI