fbpx

Trauma dicabul lelaki juling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang wanita berdepan situasi mencemaskan apabila dicabul seorang lelaki tidak dikenali di tempat letak kereta di Tamarind Square di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa berusia 27 tahun mendakwa suspek bertindak menyentuh punggungnya sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa mendakwa didekati seorang lelaki ketika sedang memasukkan barang ke dalam bonet belakang kereta.

Beliau berkata, sebaik mendekati mangsa, suspek menawarkan pertolongan untuk membantu mengangkat barang mangsa ke dalam kereta kerana mahu menggunakan troli barang yang digunakannya.

“Mangsa menolak tawaran untuk dibantu namun, suspek tetap berbuat demikian sebelum tiba-tiba menyentuh dan meramas punggung mangsa dengan kasar.

“Mangsa mendakwa suspek berpakaian serba hitam, menyarung beg sandang, berkulit gelap dan bermata juling serta mamakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek.

Sebelum ini, kes hampir sama turut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta pusat beli belah itu membabitkan seorang suri rumah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI