fbpx

Hujan lebat di enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi.

“Di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Manakala di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat,” katanya.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di seluruh kawasan negeri Melaka sementara di Johor melibatkan Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Di Terengganu pula membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Manakala di Sarawak, cuaca buruk dikatakan tertumpu di Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang,” ujarnya.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI