fbpx

Warga emas maut basikal dilanggar ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian kemalangan yang menyebabkan seorang warga emas maut selepas basikal ditunggang dipercayai dilanggar sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan petang tadi.

MERSING – Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggang dipercayai dilanggar sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, Bahagian Siasatan dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah menerima laporan dari waris si mati menyatakan terdapat kes kemalangan maut berkenaan pada pukul 1.32 petang.

Katanya, kejadian melibatkan sebuah basikal ditunggang seorang warga emas lelaki tempatan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan berumur 50-an.

“Dalam kejadian ini dipercayai motosikal yang ditunggang dari arah Endau menghala ke Mersing telah terlanggar basikal yang dipercayai sedang ditunggang melintas jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang basikal tersebut bernama Chu Sot Ching warga emas lelaki tempatan yang tinggal di Endau berusia 87 tahun telah telah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Mersing semasa menerima rawatan.

“Mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu pihak polis memohon kerjasama orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut agar tampil memberi keterangan dan maklumat ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Azizam Alias di talian 012-7766640.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI