fbpx

Wanita mati telan gula-gula ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memberi amaran kepada orang awam agar tidak mengambil sebarang bahan terlarang termasuk yang dibungkus dalam bentuk gula-gula. – Getty Images

LONDON – Polis Britain mengeluarkan amaran mengenai bahaya  mengambil  ganja dalam bentuk gula-gula susulan kes kematian tragis melibatkan seorang wanita berusia 23 tahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut laporan, mangsa membeli  gula-gula ganja dan memakan bahan itu bersama seorang rakannya di Ilford, timur London.

Sejurus selepas itu, mereka jatuh sakit dan dikejarkan ke sebuah hospital di London pada 29 Mac lalu.

Wanita berumur 23 tahun itu meninggal dunia di hospital beberapa hari kemudian. Polis masih  menanti keputusan bedah siasat dan ujian ke atas beberapa gula-gula ganja  itu yang ditemui.

Menurut polis, terdapat kes serupa di mana seorang wanita jatuh sakit selepas makan gula-gula ganja di Tower Hamlets.

Selepas melakukan siasatan, polis menahan seorang lelaki pada Jumaat lalu dan merampas  produk ganja yang boleh dimakan beserta sejumlah wang tunai.

Dia didakwa pada keesokan harinya kerana memiliki bahan terlarang tersebut.

“Saya perlu memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil sebarang bahan terlarang (ganja) termasuk yang dibungkus dalam bentuk gula-gula.

“Selain diharamkan, pembungkusan dalam bentuk mesra kanak-kanak boleh membuatkan produk itu dimakan secara tidak sengaja,” kata Ketua Superitendan Kawasan Timur BCU Polis Metropolitan London, Stuart Bell. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI