fbpx

Rugi RM3,050 ditipu Kak Na

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang kerani di sebuah hospital mengalami kerugian sebanyak RM3,050 selepas terpedaya dengan tawaran seorang wanita yang mendakwa mampu mengubati perangai buruk adik lelakinya kepada menjadi individu yang lebih baik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Asisten Komisioner Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita yang berusia 35 tahun itu bertemu dengan suspek yang hanya dikenali sebagai Kak Na di Kuala Krai pada bulan Disember lalu.

Menurutnya, selepas pertemuan itu, mangsa telah membuat tujuh transaksi pembayaran berjumlah RM3,050 kepada tiga akaun bank berbeza bermula Januari hingga Februari selepas suspek berjanji untuk mengubati adiknya.

“Suspek memaklumkan akan memulangkan semula bayaran terbabit selepas proses perubatan selesai. Selepas dua bulan berubat, adik lelaki mangsa terbabit tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, mangsa juga gagal menghubungi suspek. Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Krai pada 18 Mac lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, polis telah mengesan pemilik tiga akaun bank terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI