fbpx

JSPT keluar 97 saman dalam tempoh tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarifudin (kanan) memeriksa kenderaan yang disita yang ditempatkan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO: IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 97 saman dalam Ops Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu negara dalam tempoh tiga hari berakhir kelmarin.

Ketuanya, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, saman dikeluarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 53 motosikal dan 25 kereta yang disita.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membuat pemeriksaan dan mengeluarkan 26 saman ke atas penunggang atas kesalahan mengubah suai ekzos.

“Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mengeluarkan 24 saman ke atas pemandu kenderaan kerana mengubah suai struktur.

“Kereta yang tular di laman YouTube bertajuk ‘Proton Wira Turbo 4G15 200HP-Kau Rare Bang!’ turut dikeluarkan notis oleh JPJ dan diarah menjalani pemeriksaan semula oleh jabatan berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya akan terus bekerjasama dengan JAS, JPJ dan agensi berkaitan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya serta menjaga keselamatan pengguna kenderaan lain.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat berkaitan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI