fbpx

Werner mula rasai kesukaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER mengakui sukar untuk menembusi benteng pasukan di England ekoran pemain pertahanan yang memiliki fizikal yang besar serta agresif. – AFP

BRIGHTON – Nampaknya penyerang baharu Chelsea, Timo Werner mula terasa bahang sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika membantu pasukan itu menang 3-1 ke atas Brighton pada aksi yang berlangsung di Stadium Amex awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Jerman itu mengakui dia berdepan ke­sukaran sepanjang perlawanan apabila perlu mengatasi barisan pertahanan kental pasukan tuan rumah.

Tambah Werner, dia langsung tidak menjangka akan berdepan barisan pertahanan yang cukup agresif, berbeza dengan apa yang dihadapi ketika beraksi dalam Bundesliga.

“Saingan Liga Perdana Ing­geris sangat berbeza dengan bola sepak di negara lain kerana pemain-pemain pertahanan di sini sangat tinggi, besar dan agresif.

“Bagaimanapun, saya akui sangat gembira beraksi di sini kerana corak permainannya le­bih pantas dan menarik. Mungkin saya perlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri,” kata Werner.

Pada masa sama, bekas pemain RB Leipzig itu berkata, dia perlu bijak mencari ruang sekiranya mahu menjadi salah seorang pemain terbaik dalam Liga Perdana.

“Berhubung perlawanan pada malam ini (semalam), saya ber­puas hati dengan aksi sendiri ke­rana banyak lakukan larian bagi membantu pasukan. Di England, anda perlu bijak mencari ruang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI