fbpx

Masalah cengkaman tayar resahkan Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO gagal menaiki podium pada GP Argentina apabila sekadar meraih tempat ke-13. – AFP

SANTIAGO – Juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun lalu, Fabio Quartararo terus tercari-cari rentak sebenar dalam saingan musim ini selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina di tempat kelapan pada Ahad lalu.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha itu berdepan mimpi buruk pada awal perlumbaan tersebut apabila berada di kedudukan ke-13 walaupun memulakan saingan di petak keenam.

Quartararo berkata, tayar belakang yang kurang mencengkam selain tidak memiliki kepantasan pada laluan lurus menyebabkan dia gagal bersaing dengan pelumba di kelompok hadapan.

“Masalah paling besar kami hadapi adalah cengkaman tayar belakang serta kelajuan jentera. Memang kami sedar jentera berdepan isu kelajuan, namun masalah cengkaman itu menjadi mimpi buruk buat saya.

“Saya dipintas oleh seorang demi seorang pelumba, terutamanya di selekoh keenam kerana ia memerlukan cengkaman tayar yang baik. Saya akui keadaan itu sangat mengecewakan,” katanya.

Bagaimanapun, pelumba Perancis itu mengakui, dia boleh berlumba lebih baik selepas perlumbaan berlangsung beberapa pusingan kerana tayarnya mula berfungsi dengan baik ketika memasuki selekoh.

“Selepas beberapa pusingan barulah jentera dapat berfungsi dengan baik, namun masih sukar untuk memintas pelumba-pelumba lain. Saya sudah cuba yang terbaik tetapi malangnya hanya dapat tamatkan perlumbaan di tempat kelapan,” ujar Quartararo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI