fbpx

Ali Puteh kini pembekal ayam, nafi kerja untuk bayar wang Hidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Puteh (kiri) ketika pelancaran kedai ayam Red Grocer di Johor.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Ali Puteh kini menjalankan perniagaan baharu dengan membekalkan bahan mentah iaitu ayam segar.

Perkara tersebut dikongsi Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 33, menerusi akaun Instagramnya semalam.

“Syukur, Alhamdulillah, saya telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar Red Grocer. Ayam segar dan pastinya halal mengikut syarak,” tulisnya di Instagram.

Ali yang juga adik kepada pelawak, Allahyarham Abam Bocey menjadi pembekal ayam bersama rakan kongsinya, Red Grocer sekali gus bergelar duta utama bagi jenama tersebut.

Pelawak itu bagaimanapun menafikan dia menjual ayam untuk membayar wang RM60,000 saman ganti rugi kepada bekas kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

Ali berkata, dia mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang telah dijalankan.

“Dahulu, saya pernah membela dan menternak ayam, jadi saya tidak kekok terlibat dalam perniagaan penternakan,”

“Saya harus fokus dan pandang ke hadapan untuk terus berjaya dalam perniagaan,” tambahnya.

Ali masih aktif dalam indutri hiburan dan tidak pernah berfikir untuk meninggalkan kerjayanya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI