fbpx

80 ruang solat di Masjidil Haram dibuka sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUDAHAN baharu mewakili 95 peratus kapasiti bangunan itu boleh menampung 300,000 jemaah di dalam masjid. – Saudi Gazette

RIYADH – Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais menyatakan bahawa 80 ruang solat dibuka untuk menerima kunjungan jemaah sepanjang Ramadan tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Beberapa pintu di bahagian pembesaran Masjidil Haram kali ketiga oleh Arab Saudi itu telah dibuka untuk membolehkan kelancaran proses keluar masuk jemaah semasa bulan Ramadan.

Pintu-pintu tersebut adalah Pintu Raja Abdullah (No. 100), pintu 104, 106, 112, 173, 175, 176 di sebelah utara, pintu 114, 116, 119, 121, 123 di sebelah barat dan pintu 162, 165, 169 di sebelah timur. 

Ketua Pengarah Pembesaran Masjidil Haram Bahagian Utara, Walid Al-Masudi memaklumkan bahawa pintu-pintu yang dinyatakan itu akan memudahkan akses jemaah ke ruang solat tingkat bawah dan tingkat satu serta tingkat mezanin pertama dan kedua. 

Kesemuanya mewakili 95 peratus kapasiti bangunan yang boleh menampung 300,000 jemaah itu. Jika semua kawasan solat dalaman penuh, halaman utara berkapasiti 280,000 jemaah selain halaman barat bersebelahan dengan bangunan itu juga boleh digunakan.

Sementara itu, perkhidmatan dalam talian memainkan peranan utama dalam memudahkan akses jemaah ke dua Masjid Suci sebagai sebahagian daripada pelan operasi Ramadan.

Perkhidmatan ‘status ruang solat di Masjid Nabawi’ juga tersedia dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Urdu. Ia dianggap antara perkhidmatan teknologi yang baru diperkenalkan.

Perkhidmatan itu membolehkan pengunjung masjid mengetahui kadar penghunian sama ada penuh atau sebaliknya sebelum pergi ke sana. 

Perkhidmatan itu menunjukkan penerima status penghunian di kawasan solat dengan empat warna iaitu ‘tersedia’, ‘hampir penuh’, ‘penuh’, atau ‘tidak tersedia’. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI