fbpx

Muka anak Lesty Kejora, Rizky dihina macam monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTY KEJORA bersama anak sulungnya, Muhammad Leslar Alfatih Billar.

PENYANYI terkenal Lesty Kejora tidak dapat memendam rasa sedih apabila netizen menyamakan anaknya, Muhammad Leslar Alfatih Billar memiliki wajah seperti seekor monyet.

Ujar Lesty, dia menerima banyak komen berbaur hinaan terhadap fizikal anaknya pada sekeping foto yang dimuat naik dalam Instagram.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir netizen menghina anaknya dengan mengatakan bahawa bayi berusia empat bulan itu hodoh dan tidak mewarisi ketampanan bapanya iaitu pelakon Rizky Billar.

“Gendong (dukung) bayi atau monyet?” ujar seorang netizen.

“Kenapa wajah anaknya begitu (berbaur sindiran)?” komen seorang lagi netizen.

Biarpun dihina dengan berasa kesal, Lesty dan Rizky bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons terhadap perkara tersebut kerana enggan berbalah dengan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI