fbpx

2 juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan Syawal ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Ediansha (kiri) kepada Zaizul Rizal di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Polis Kelantan bersiap sedia menghadapi kemungkinan lebih 2 juta kenderaan anak perantau yang memasuki Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jangkaan itu berdasarkan jumlah kenderaan keluar masuk ke negeri ini sebanyak 300,000 hingga 350,000 sehari sejak 1 April lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, fokus polis adalah untuk mengawal kesesakan lalu lintas di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

“Anggaran awal iaitu sebanyak 2 juta kenderaan masuk ke Kelantan berdasarkan statistik semasa pada fasa endemik.

“Perantau sudah pasti akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung sekali gus menyebabkan kenderaan keluar masuk menjelangnya Hari Raya Aidilfitri akan meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, meskipun sudah memasuki fasa peralihan endemik, polis Kelantan tetap menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di empat lokasi iaitu di Bukit Yong di sini, Jeli dan dua lagi di Gua Musang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI