fbpx

Showme bantu pertingkat jenama tadika, tabika swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REDZUAN (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Generasi Mukmin, Dr. Sazali Abdullah pada majlis memeterai memorandum persefahaman di Cyberjaya baru-baru ini

CYBERJAYA – Pengusaha tadika dan tabika swasta perlu meningkatkan jenama dan lebih berke­terampilan serta memperku­kuhkan kedudukan kewangannya bagi membo­lehkan syarikat lebih berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran masa depan.

Pengasas Showme Eduwav Berhad (Showme), Redzuan Abdul Aziz berkata, pendekatan menguruskan institusi pendidikan awal kanak-kanak perlu berorientasikan satu perniagaan berpotensi dan ia tidak boleh berada di takuk lama.

Ini kerana, ia akan memberi kesan secara keseluruhan kepada pengurusan syarikat terma­suk bayaran gaji tenaga pengajar.

“Industri pendidikan awal kanak-kanak sering dilupakan dan ada juga beranggapan sebagai pekerjaan kelas bawahan sehingga ada pengusaha tadika tidak mengakui dia mengoperasikan sebuah tadika atau tabika.

“Ramai yang tidak tahu tentang inisiatif Showme selama ini yang dapat membantu institusi pendidikan ini menjadi lebih berdaya saing dan berjaya melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dari segi pendidikan akademik dan insaniah.

“Melalui penyertaan latihan dan bimbingan selama enam bulan yang kami anjurkan, pe­ngusaha tadika dan tabika dapat mengubah institusi masing-ma­sing seiring perkembangan sektor pendidikan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Showme dengan Pilihan Bestari Sdn. Bhd., Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn. Bhd. (Akademi Ge­nerasi Mukmin) dan Keedsflix International Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.

Redzuan menjelaskan, antara bim­bingan yang ditawarkan adalah berhubung yuran yang sepatutnya dikenakan kepada waris dan ibu bapa serta kawalan kewangan syarikat.

Dalam masa sama, pengusaha tersebut perlu melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengu­kuhkan kedudukan serta jenama syarikat seperti menjalankan kerjasama dengan kolej-kolej pendidikan dan bersama persatuan masjid di komuniti ber­kenaan.

Sehingga kini, Showme telah melatih kira-kira 1,500 pengusaha tadika dan tabika berubah menjadi lebih berjaya dari segi operasi dan kewangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI