fbpx

MH2664 patah balik ke KLIA akibat masalah teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH2664 ke Tawau semalam terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.

Menurut MAS dalam satu kenyataan, juruterbang membuat keputusan berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April 2022 melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan,” katanya hari ini.

Katanya, pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pukul 5.03 petang semalam.

Sebelum ini, seorang penumpang pesawat itu mendakwa, pesawat B737-800 dinaikinya itu tiba-tiba menjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam tempoh beberapa saat.

Penumpang itu turut mendakwa terlambung dari tempat duduknya akibat insiden itu menyebabkan keadaan dalam pesawat panik termasuk ada yang menjerit-jerit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI