fbpx

‘Kelahiran semula’ Miyawaki Sakura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIYAWAKI SAKURA

BERBULAN lamanya nama Miyawaki Sakura menjadi perhatian gara-gara timbulnya khabar angin mendakwa dirinya akan menganggotai sebuah kumpulan wanita baharu yang ditubuhkan oleh agensi HYBE Label.

Menamatkan teka-teki dan penantian peminat, agensi tersebut akhirnya membuat pengumuman istimewa dengan mendedahkan anggota pertama yang membarisi kumpulan wanita baharu bawah naungan mereka dikenali sebagai LE SSERAFIM.

Sakura diperkenalkan sebagai anggota pertama kumpulan itu yang akan memulakan debut secara rasmi pada Mei depan.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, kumpulan LE SSERAFIM akan dibarisi seramai enam anggota termasuk tiga penyanyi yang sudah dikenali iaitu bekas anggota IZ*ONE, Kim Chae-won dan Sakura serta bekas peserta Produce 48, Heo Yun-jin.

Sebagai introduksi kepada peminat, agensi HYBE berkongsi video profil dan gambar terkini penyanyi kelahiran Jepun itu dalam laman web mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI