fbpx

Dua lelaki baru berjinak ambil upah hantar daun ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas daripada dua lelaki di Taman Batek pada Jumaat lalu.

SUNGAI PETANI – Dua lelaki yang baru berjinak-jinak mengambil upah sebagai penghantar bekalan daun ketum ke sempadan sebelum diseludup ke Thailand membawa padah apabila mereka ditahan di Taman Batek di sini pada Jumaat lalu.

Dua suspek berusia 30 dan 41 tahun itu ditahan bersama 950 kilogram (kg) daun ketum oleh anggota Balai Polis Sungai Petani yang sedang melakukan tugasan cegah jenayah pada pukul 2.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pemeriksaan ke atas lori dinaiki dua suspek terbabit menemui 95 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum dianggarkan bernilai RM14,250.

“Siasatan awal mendapati daun ketum itu diambil di Pendang untuk dibawa ke Changlun sebelum diseludup ke Thailand.

“Kita percaya suspek terpaksa berpatah balik ke rumahnya di Taman Batek kerana terdapat sekatan jalan raya di beberapa lokasi di utara tanah air,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sini hari ini.

Kata Anuar, mereka dipercayai baru sebulan mengambil upah sebanyak RM1,000 untuk membawa daun ketum itu ke Changlun.

“Suspek mendakwa kegiatan penyeludupan daun ketum itu didalangi seorang lelaki warga Thailand yang mengupah mereka untuk menghantar bekalan daun tumbuhan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI