fbpx

Neymar kesal, enggan ulangi sikap panas baran di padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR dilayangkan kad merah selepas bertindak menampar kepala Gonzalez ketika PSG tewas 0-1 kepada Marseille kelmarin. – AFP

PARIS – Pemain sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengakui dia telah bertindak bodoh selepas dilayangkan kad merah susulan tindakan kontroversi ke atas pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez pada aksi Ligue 1 kelmarin.

Sebagai rekod, penyerang kelahiran Brazil itu adalah seorang daripada lima pemain yang dibuang padang selepas pergaduhan pada penghujung saingan yang menyaksikan PSG tewas 0-1, selain mendakwa Gonzalez memanggilnya monyet.

Kata Neymar, apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh dengan tindakan diluar kawalan yang dilakukan dengan menampar kepala Gonzalez.

“Saya akui apa yang dilakukan adalah cara untuk protes dan memberontak. Justeru, saya telah dihukum dengan kad merah kerana saya mahu memukul seseorang (Gonzalez) yang menghina.

“Mungkin pada ketika itu saya tidak berfikir secara waras dan saya berazam untuk tidak melakukan tindakan itu lagi si­tuasi yang sama pada masa depan.

“Apa yang pasti, saya perlu bertindak lebih matang selepas ini walaupun sukar untuk dilakukan kerana sikap diskriminasi perkauman yang masih ada dalam bola sepak,” kata Neymar dalam laman sosial Instagram peribadinya.

Difahamkan, Liga Bola Sepak Perancis (LFP) sedang me­nyiasat perkara tersebut dan mungkin akan menjatuhkan hukuman berat termasuk penggantungan tujuh perlawanan buat Neymar, manakala Gonzalez akan digantung 10 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI