fbpx

Tiada siasatan terbaharu ke atas Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan terbaharu dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan beberapa portal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kali terakhir Tun Dr. Mahathir Mohamad dipanggil adalah pada 23 Mac lalu.

“Ia bertujuan membantu siasatan kes terbitan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang timbul dalam buku dihasilkan bekas peguam negara tersebut berjudul ‘My Story : Justice In The Wilderness’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI