fbpx

Aura istimewa ‘Rumah Harimau Malaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Nasional Bukit Jalil yang menjadi ‘Rumah Harimau Malaya’ bakal menjadi gelanggang keramat buat pasukan kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti.

MESKIPUN sering mendapat kritikan, ‘Rumah Harimau Malaya’ iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur sentiasa menghadirkan aura cukup istimewa buat mana-mana pemain atau barisan kejurulatihan.

Dengan kebenaran kemasukan penyokong secara penuh oleh kerajaan, manakala skuad Harimau Malaya berpeluang beraksi di gelanggang sendiri pada kelayakan Piala Asia 2023, sudah pasti ia menghadirkan keterujaan buat peminat-peminat bola sepak tempatan.

Turut tidak ketinggalan, penolong ketua jurulatih kepada Kim Pan-gon iaitu Pau Marti Vicente yang turut tidak sabar untuk memulakan pertandingan sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyifatkan sebagai venue yang cukup hebat.

“Sejak ketibaan kami (barisan kejurulatihan), pasukan mengharungi tempoh penuh berintensiti, namun ia pengalaman hebat. Komitmen daripada kakitangan pasukan dan pemain begitu hebat, malah kami turut rasakan sokongan daripada peminat.

“Sasaran kami adalah pada Jun nanti, kami perlu penuhkan stadium yang hebat ini dan mencipta sejarah buat Malaysia,” katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Sejak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik Pan-gon pada Januari lalu, imej Harimau Malaya seakan sudah menunjukkan perubahan hingga menarik keyakinan daripada ‘pemain ke-12’.

Daripada apa yang diserlahkan dalam dua aksi persahabatan di Singapura baru-baru ini, ramai yang mula yakin dengan perubahan dibawa jurulatih dari Korea Selatan itu.

Pan-gon memulakan tugasan pertama dengan kemenangan 2-0 ke atas Filipina, namun tewas 1-2 kepada Singapura. Menerusi dua perlawanan tersebut, penggiat bola sepak negara sudah menyaksikan sendiri kualiti yang dibawa jurulatih itu terhadap Harimau Malaya.

Bagi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI