fbpx

Hati remuk bawa watak isteri didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaza Bae tersentuh bawa watak isteri didera suami dalam drama Nusyuz Berkiblat CInta

PETALING JAYA – Pelakon Shaza Bae meluahkan rasa simpati selain mengakui hatinya hancur setiap kali membayangkan nasib dan kehidupan mangsa keganasan rumah tangga.

Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 27, berkata, watak Safiana yang dipegang dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang didera oleh suami memberinya keinsafan mendalam kepada dirinya.

“Tak dapat nak bayangkan nasib mangsa dera. Bila baca skrip hati terdetik adakah wujud wanita yang didera seperti Safiana.

“Lebih pilu apabila mereka yang didera tidak mendapat bantuan daripada orang sekeliling. Perkara ini sangat-sangat menyedihkan,” katanya kepada Kosmo!..

Menurut bekas juara Dewi Remaja 2019/2020 itu, dia banyak menonton video pendedahan mangsa dan membaca kisah benar mengenai keganasan rumah tangga di media sosial untuk menghayati watak.

Tambahnya, karakter tersebut sememangnya wujud namun jarang menjadi bahan perbualan ramai.

“Selain hiburan, drama ini sebenarnya mendidik para penonton tentang kesedaran isu penderaan suami isteri. Jika terlibat, segera laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Drama tersebut turut membariskan nama-nama besar lain seperti Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI