fbpx

Mercedes semakin ketinggalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON terpaksa akur dengan kemampuan jenteranya apabila sekadar menamatkan GP Arab Saudi di tempat ke-10 bulan lalu. – MERCEDES AMG

BRACKLEY – Ketua pasukan Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff mendedahkan pasukan itu masih memiliki banyak kekura­ngan selepas mengharungi dua perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Mercedes dianggap sebagai pasukan bukan pencabar musim ini selepas menampilkan aksi cukup hambar, terutamanya menerusi juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton yang sekadar menamatkan saingan Grand Prix (GP) Arab Saudi di tempat ke-10 bulan lalu.

Wolff tanpa berselindung mengakui, jentera W13 jauh ke­tinggalan jika dibandingkan de­ngan prestasi yang ditampilkan pasukan pencabar seperti Red Bull dan Ferrari selepas dua perlumbaan setakat ini.

“Saya fikir kami masih belum dapat keluarkan potensi sebenar yang ada pada jentera musim ini. Buat masa ini, sangat sukar untuk kami perbaiki catatan masa dalam setiap pusingan perlumbaan.

“Memang harapan saya untuk merapatkan jurang dengan dua pasukan tersebut tetapi apa yang kami dapat lihat sekarang adalah perbezaan yang sangat ketara. Mungkin kami perlukan lebih banyak masa untuk dapatkan pres­tasi sebenar,” katanya.

Mercedes berpeluang untuk menguji kemampuan jentera W13 selepas berehat hampir dua minggu menjelang GP Australia yang akan berlangsung di Litar Melbourne hujung minggu ini.

“Akhirnya kami akan kembali berlumba di Australia selepas dua tahun. Sudah pasti saya tidak sabar untuk ke sana dan melihat sama ada prestasi jentera kami menunjukkan peningkatan ataupun tidak,” ujar Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI