fbpx

Liverpool elak disingkirkan Benfica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUO berbahaya Liverpool, Mohamed Salah (kiri) dan Sadio Mane (kanan) dijangka diturunkan menentang Benfica awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Pengendali Li­verpool, Jurgen Klopp kini berada dalam dilema menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Benfica di Estadio da Luz awal pagi esok.

Ini kerana The Reds bakal menghadapi dua aksi penting menentang Manchester City bermula Ahad ini yang akan menentukan calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum bertemu pula untuk aksi separuh akhir Piala FA minggu depan.

Klopp, 54, dilihat lebih cen­derung untuk menjulang trofi EPL walaupun beliau berpeluang merangkul gelaran quadruple (empat piala) selepas menjuarai Piala Liga England musim ini.

Dalam masa sama, pengendali dari Jerman itu tidak mahu memandang rendah kemampuan Benfica kerana Liverpool baru sekali berjaya menewaskan jaguh Portugal itu sepanjang empat pertemuan terdahulu dengan keputusan 4-1 pada suku akhir Liga Europa 2010.

“Bulan yang amat mencabar dengan harapan kami berjaya melepasinya. Minggu ini sahaja akan menentukan bagaimana nasib kami bulan depan,” kata Klopp.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Benfica, Luisao mahu pasukannya mengambil ke­sempatan terhadap jadual sukar yang perlu ditempuhi Liverpool dengan meraih kemenangan di laman sendiri awal pagi esok.

“Kami pernah mendapat undian yang sama seperti ini ketika saya beraksi dengan Benfica pada 2006. Ketika itu, kami berjaya memenangi kedua-dua perlawanan menentang Liverpool,” jelasnya.

Sebagai rekod, Benfica pernah meraih kemenangan agregat 3-0 ke atas Liverpool pada pusi­ngan 16 terbaik Liga Juara-Juara musim 2005/2006. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI