fbpx

Alia Bhatt, Ranbir macam anjing dengan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT dan Ranbir Kapoor.

PELAKON Alia Bhatt berkongsi perangainya ketika bercinta dengan pelakon, Ranbir Kapoor yang diibaratkan seperti anjing dengan kucing.

Ujar Alia, dia menyamakan dirinya umpama seekor anjing yang garang dan sentiasa membuat bising. Manakala Ranbir pula sifatnya seperti kucing yang tenang dan menyenangkan.

“Kami telah lima tahun bercinta sejak 2018. Hubungan kami ibarat anjing dan kucing. Saya seperti seekor anjing yang selalu bertenaga pada setiap pagi.

“Manakala Ranbir pula seperti kucing yang ingin tidur sahaja sepanjang masa,” katanya.

Ujar pelakon berusia 29 tahun itu, perbezaan sikap antara sebegitulah yang menjadikan hubungan mereka unik dan saling memerlukan.

“Hubungan kontra ini membuatkan kami semakin menyayangi dan mencintai antara satu sama lain,” katanya yang dijangka berkahwin pada bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI