fbpx

Perkahwinan BinJin telan kos RM346,416

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN popular Korea Selatan, aktor Hyunbin dan aktres Son Ye-jin.

MENJADI perkahwinan paling hangat dan dinantikan peminat seluruh dunia, penyatuan kasih antara aktor Hyunbin dan Son Ye-jin pada 31 Mac lalu masih menjadi bualan hingga ke hari ini.

Hal ini kerana, peminat mula membincangkan tentang kos yang digunakan demi menjayakan majlis kahwin elegan pasangan popular itu.

Biarpun diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga serta barisan selebriti terkenal, namun perhatian peminat tertumpu terhadap banyak perihal menarik sepanjang perkahwinan pasangan itu, terutama busana dan dekorasi lokasi.

Memetik laporan media Korea Selatan, majlis perkahwinan pasangan yang digelar BinJin tempoh hari menelan belanja sebanyak 100 juta won bersamaan RM346,416 (tidak termasuk busana).

Perunding perkahwinan Aston House Wedding diberi tanggungjawab untuk kerja dekorasi lokasi majlis yang berlangsung di bahagian outdoor Hotel Grand Walkerhill di Gwangjang-dong, Gwangjin-gu, Seoul.

Kos yang digunakan Aston dilaporkan bernilai 40 juta won (RM138,566).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI