fbpx

Ebit Lew hadiahkan Perodua Bezza kepada Yati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bergambar bersama Yati dan ibu saudaranya ketika menyerahkan sebuah Perodua Bezza untuk kegunaan wanita itu.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza kepada seorang peniaga aiskrim dikenali sebagai Yati selepas kisah wanita itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, Yati dilihat menunggang sebuah motosikal roda tiga sambil cuba melindungi seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) daripada panas terik dengan beg plastik sewaktu melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Menurut Ebit, dia bergegas ke Terengganu pagi tadi dan sempat menemani wanita itu ke sebuah ‘showroom’ untuk membeli sebuah kereta bagi kegunaan Yati.

“Lepas subuh terus ke Terengganu, sampai tadi akak ni terkejut dan gembira, saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua, Kuala Terengganu.

“Baik layanan semuanya terus kami bayar ‘cash’ kereta ni untuk hadiah pada kakak ini,” katanya di laman Facebook hari ini.

Tangkap layar video yang pernah tular sebelum ini.

Menurut Ebit, wanita tersebut bekerja sebagai penjual aiskrim potong dan dia akan menghantar sendiri aiskrim berkenaan sekiranya ada pelanggan membuat tempahan.

“Dia juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa, jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.

“Sebelum ini sambung ijazah sarjana (Master) tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga mak cik yang sakit,”ujar Ebit.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, seorang peniaga wanita yang tular selepas videonya menaiki motosikal roda tiga bersama ibu saudaranya merupakan orang OKU dalam keadaan panas terik tular merayu agar penyebaran maklumat peribadinya dihentikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI