fbpx

‘Itu kali terakhir saya melihat ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran rumah mangsa di Taman Malek, Alor Setar semalam.

Oleh NUR ANATI JUHARI

ALOR SETAR – Seorang pekerja Syarikat Air Darul Aman (SADA) ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Taman Malek di sini semalam.

Mayat Roslan Abu Bakar, 56, dijumpai oleh pasukan penyelamat berhampiran pintu utama rumah berkenaan.

Anak mangsa, Mohd. Ridzuwan, 17, berkata, dia ternampak kelibat bapanya cuba keluar rumah melalui pintu hadapan semasa api sedang marak.

“Itu kali terakhir saya nampak ayah.

“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa ayah,” katanya ketika ditemui.

Cerita Mohd. Ridzuwan, kejadian pada pukul 5.30 pagi itu itu disedari oleh ibunya, Muzni Mustafa, 53, selepas terhidu bau asap dari sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum mengejutnya yang sedang tidur.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya membawa emak dan adik keluar melalui pintu belakang tetapi ayah tidak ikut bersama,” katanya

Selain Muzni dan Mohd. Ridzuwan, seorang lagi anak Roslan iaitu Siti Aisyah, 15, turut terselamat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Mohd. Ridzuwan berkata, ba­panya seorang yang sihat, manakala ibu kerap ke hospital kerana mengalami penyakit buah pinggang.

Sementara itu, seorang jiran, Abdul Rahim, 61, memberi­tahu, dia tidak mendengar suara orang meminta tolong dan meng­hubungi bomba selepas melihat api marak.

“Petang semalam (kelmarin), saya berbual dengan Roslan. Dia seorang jiran yang baik hati dan peramah,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pe­ngarah Bahagian Operasi Kebombaan Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd.Zain berkata, kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus rumah tersebut.

Turut musnah dua buah kereta dan sebuah motosikal yang terbakar 30 peratus. Mayat mang­sa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI