fbpx

Baru setahun 7 bulan, Fazura didik anak nikmati Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA mahu mengajar anaknya, Fatima untuk bersahur bersama-sama sepanjang Ramadan ini.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penyanyi Nur Fazura mahu mengajak anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya untuk sama-sama menikmati kemuliaan Ramadan termasuk menjalani amalan bersahur bersama-sama.

Fazura, 39, mahu mendidik anaknya yang kini berusia setahun tujuh bulan itu sejak kecil untuk sama-sama melakukan ibadah sepanjang Ramadan kerana mahu Fatima diperkenalkan dengan kebesaran Ramadan pada usia muda.

“Insya-Allah Ramadan tahun ini saya akan fokus memperbanyakkan amal ibadah. Selain itu tahun ini juga merupakan tahun kedua saya menyambut Ramadan bersama anak (Fatima). Tahun lalu dia masih kecil, jadi ketika bersahur dia tidak bangun.

“Jadi tahun ini saya mahu Fatima bersama-sama merasai kenikmatan bulan Ramadan termasuk bangun sahur bersama,” ujar Fazura ketika ditemu bual dalam program Melodi hari ini.

Ujar isteri kepada pelakon Fattah Amin itu lagi, selain bersahur, dia juga akan mengamalkan beberapa ibadah lain yang akan diterapkan dan ditunjukkan kepada Fatimah supaya dapat memupuk minat anak kecil tentang puasa.

“Salah satu cara mendidik anak sejak kecil adalah bermula daripada bangun sahur ketika di bulan puasa. Fatima akan ikut apa sahaja yang dilakukan oleh saya dan suami.

“Jadi kami kena tunjukkan contoh yang baik. Lagi satu, saya ingin mendidik Fatima supaya tidak terlalu mengharapkan pahala semata-mata kerana berharap keredaan Allah SWT itu adalah lebih penting,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI